MATA KUCING SARAWAK ADA DIKAMPUNG GAULAN

MATA KUCING SARAWAK ADA DIKAMPUNG GAULAN

JALAN RAYA MASUK KEKAMPUNG GAULAN

JALAN RAYA MASUK KEKAMPUNG GAULAN

ANDA PELAWAT KE

Web Page Hit Counter

PUCUK UBI

>> Khamis, 24 Disember 2009

Pucuk ubi atau bahasa orang kampung saya daun ubi merupakan sayuran yang boleh didapati disepanjang jalan masuk kekawasan kampung saya.Pucuk ubi jenis ini isinya tidak boleh dimakan.Maksud saya bukan tidak boleh dimakan tapi isinya keras dan seperti akar kayu saja besarnya.Ubi jenis ini tidak sama dengan ubi kayu biasa.Daun ubi kayu ini ada yang lebar serta batangnya boleh sebesar paha jika dipelihara.


Daunya lebar dari daun ubi biasa.




Ha..ha..haa..tengok laa sendiri...

Read more...

KEBUN GETAH


Mungkin ada diantara kita yang tidak pernah melihat pokok getah dengan lebih dekat dan jelas.Pada kesempatan ini saya akan perlihatkan kepada mereka beberapa gambar pokok getah,susu getah dan getah sekrap.Jarak yang diperlukan untuk penanaman getah adalah lapan kaki dari satu pokok kesatu pokok manakala jarak tengah atau gawangnya adalah lebih kurang tiga puluh kaki.Proses penorehan getah biasanya dilakukan pada awal pagi untuk tujuan mendapatkan susu getah yang banyak.Keluasan sesuatu pajak getah atau ladang akan menentukan berapa banyak susu getah yang akan diperolehi oleh penoreh.Masa yang diperlukan sebelum memungut susu getah dari mangkuk tadahan adalah satu jam setengah ataupun dua jam.Selepas proses memungut susu getah selesai maka tibalah masa untuk membekukannya pula sebelum digilis dengan mesin penggilis untuk menjadikannya kepingan getah tipis.Susu getah akan dicampur dengan sejenis asid yang dinamakan cukah getah untuk menjadikan susu getah tadi membeku dan mudah untuk digilis.Setelah susu getah dicampur dengan cukah getah maka susu getah tadi akan dituangkan kesebuah acuan papan bagi membentuk satu kepingan getah yang sempurna.Susu getah yang telah membeku didalam acuan papan tadi akan dikeluarkan kemudian dimasukkan kedalam mesin gilis sebelum dijemur.Apabila kepingan getah sudah kering ianya akan disimpan disatu tempat penyimpanan sebelum dijual kepada pemborong atau lembaga tabung getah sabah.Begitulah serba sedikit proses penorehan getah yang dapat saya kongsikan secara ringkas dengan pembaca.


Beginilah bentuk penanaman getah yang disyorkan oleh lembaga tabung getah sabah.Jarak antara satu pokok kesatu pokok ialah lapan kaki atau sepuluh kaki manakalah jarak gawangnya ialah tiga puluh ke tiga puluh lima kaki.Ketinggiannya pula antara sembilan kaki hingga 10 kaki sebelum tunasnya atau pucuknya di cantas untuk membolehkan getah ini bercabang.Cabang getah yang dibenarkan oleh lembaga tabung getah sabah adalah tiga cabang sahaja.Gambar dibawah ini adalah getah lembaga atau istilah kampungnya Getah kawin.

Penorehan getah yang tidak mahir boleh merosakkan pokok getah ini.



Jarak gawang atau tengah ialah 30 kaki hingga 35 kaki.

Jarak dari satu pokok kesatu pokok pula ialah 8 hingga 9 kaki.

Barisan penanaman mesti lurus untuk memudahkan penoreh membuat torehan.

Read more...

pekerjaan orang dikampung saya

>> Jumaat, 18 Disember 2009


Susu getah yang telah dicampur dengan cukah getah akan dituangkan kedalam acuan yang diperbuat dari papan


ini mangkuk tempat menadah susu getah selepas ditoreh


ini pula sisa susu getah yang dipanggil skrap


Susus getah yang telah dicampur cukah akan dituang kedalam acuan ini

Beginilah bentuk susu gatah yang telah dibekukan sebelum digilis dengan alat yang dipanggil gilingan getah.

Inilah dia alat penggiling getah


Yang ini pula bentuk getah yang telah digiling dengan alat diatas tadi dan kemudian dikeringkan.

Read more...

BUAH LABU KUNING SESUAI DI KG GAULAN

>> Selasa, 15 Disember 2009

Penanaman labu cukup subur di kampung gaulan kerana tanahnya dari jenis tanah gambut berwarna hitam.


Buah labu boleh dibuat bubur gula merah dan juga dijadikan sayur.

Buah Labu yang cukup matang akan dibawah kepasar borong keningau untuk dijual.


Berat sebiji buah labuh boleh mencecah 4 kilogram dan lebih mengikut kesuburan.

Read more...

GILINGAN GETAH

Mungkin ada antara penduduk bandar yang tidak pernah melihat bentuk gilinan getah yang diguna oleh penoreh getah untuk menipiskan kepingan getah sebelum dijual kepada pemborong.Pada artikel kali ini saya akan memperlihatkan photo bentuk gilingan getah.Dibawah ini ada photo gilingan getah lama untuk anda lihat.







Jika ada pelawat yang nak download,silakan saja.

Read more...

TAJUK:PERIGI TERTUA DIKAMPUNG GAULAN KENINGAU

Perigi ini dipasangkan kelambu plastik agar daun getah tidak masuk kedalam perigi.


Air perigi ini tida berbau lumpur dan sentiasa jernih

Perigi ini telah wujud sejak tahun 1968 lagi.

Beginilah rupa sebuah perigi lama dikampung Gaulan yang menjadi sumber air bersih kepada pendududk dikala musim kemarau tiba.Perigi ini bukan saja perigi lama atau usang tapi ianya juga tidak pernah kering walaupun kemarau sehingga tujuh bulan atau setahun lamanya.Apabila tiba musim kemarau,kampung yang berjiran dengan kampung Gaulan akan datang keperigi ini untuk mendapatkan sumber air bersih untuk keperluan harian mereka.Menurut beberapa penduduk asal kampung ini,perigi tersebut dipercayai telah wujud sejak tahun 1968 dan sehingga kehari ini perigi tersebut masih tetap diguna oleh penduduk kg Gaulan jika kemarau tiba.Air perigi ini jernih dan sejuk serta tidak berbau Lumpur berbanding perigi lainnya yang ada sekitar kampung Gaulan ini.


Read more...

mengenali pekerjaan kampung gaulan

>> Sabtu, 5 Disember 2009


Beginilah rupa bentuk pokok getah yang akan ditoreh untuk mendapatkan getahnya dan dipanggil susu getah.

inilah susu getah yang telah dikumpulkan dan disimpan didalam baldi plastik atau tin sebelum dibekukan dan dituangkan kedalam acuan yang diperbuat dari kayu papan.




Bentuk acuan susu getah yang diperbuat dari kayu papan.

Susu getah kemudian dicampurkan dengan sejenis asid yang dipanggil cukah getah.

Read more...

photo kenangan 1985

>> Jumaat, 4 Disember 2009


INILAH BARISAN MURID PERTAMA MEMASUKI SEKOLAH SK.GAULAN KENINGAU

MURID PERTAMA SK GAULAN MENDAPAT CENDERAMATA PELAJAR TERBAIK.

Read more...

Jenis tanaman yang ada dikampung saya


Mungkin ada diantara pembaca yang tidak pernah melihat tanaman seperti dibawah ini.

POKOK KUNYIT


DAUN SERAI


POKOK JAGUNG

POKOK CILI PADI SABAH

POKOK LENGKUAS

PISANG MONYET

KACANG TANAH

Read more...
Beginilah rupa sebuah perigi lama dikampung Gaulan yang menjadi sumber air bersih kepada pendududk dikala musim kemarau tiba.Perigi ini bukan saja perigi lama atau usang tapi ianya juga tidak pernah kering walaupun kemarau sehingga tujuh bulan atau setahun lamanya.Apabila tiba musim kemarau,kampung yang berjiran dengan kampung Gaulan akan datang keperigi ini untuk mendapatkan sumber air bersih untuk keperluan harian mereka.Menurut beberapa penduduk asal kampung ini,perigi tersebut dipercayai telah wujud sejak tahun 1968 dan sehingga kehari ini perigi tersebut masih tetap diguna oleh penduduk kg Gaulan jika kemarau tiba.Air perigi ini jernih dan sejuk serta tidak berbau Lumpur berbanding perigi lainnya yang ada sekitar kampung Gaulan ini.

PERIGI LAMA KAMPUNG GAULAN

PERIGI LAMA KAMPUNG GAULAN

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP