MATA KUCING SARAWAK ADA DIKAMPUNG GAULAN

MATA KUCING SARAWAK ADA DIKAMPUNG GAULAN

JALAN RAYA MASUK KEKAMPUNG GAULAN

JALAN RAYA MASUK KEKAMPUNG GAULAN

ANDA PELAWAT KE

Web Page Hit Counter

KEBUN GETAH

>> Khamis, 24 Disember 2009


Mungkin ada diantara kita yang tidak pernah melihat pokok getah dengan lebih dekat dan jelas.Pada kesempatan ini saya akan perlihatkan kepada mereka beberapa gambar pokok getah,susu getah dan getah sekrap.Jarak yang diperlukan untuk penanaman getah adalah lapan kaki dari satu pokok kesatu pokok manakala jarak tengah atau gawangnya adalah lebih kurang tiga puluh kaki.Proses penorehan getah biasanya dilakukan pada awal pagi untuk tujuan mendapatkan susu getah yang banyak.Keluasan sesuatu pajak getah atau ladang akan menentukan berapa banyak susu getah yang akan diperolehi oleh penoreh.Masa yang diperlukan sebelum memungut susu getah dari mangkuk tadahan adalah satu jam setengah ataupun dua jam.Selepas proses memungut susu getah selesai maka tibalah masa untuk membekukannya pula sebelum digilis dengan mesin penggilis untuk menjadikannya kepingan getah tipis.Susu getah akan dicampur dengan sejenis asid yang dinamakan cukah getah untuk menjadikan susu getah tadi membeku dan mudah untuk digilis.Setelah susu getah dicampur dengan cukah getah maka susu getah tadi akan dituangkan kesebuah acuan papan bagi membentuk satu kepingan getah yang sempurna.Susu getah yang telah membeku didalam acuan papan tadi akan dikeluarkan kemudian dimasukkan kedalam mesin gilis sebelum dijemur.Apabila kepingan getah sudah kering ianya akan disimpan disatu tempat penyimpanan sebelum dijual kepada pemborong atau lembaga tabung getah sabah.Begitulah serba sedikit proses penorehan getah yang dapat saya kongsikan secara ringkas dengan pembaca.


Beginilah bentuk penanaman getah yang disyorkan oleh lembaga tabung getah sabah.Jarak antara satu pokok kesatu pokok ialah lapan kaki atau sepuluh kaki manakalah jarak gawangnya ialah tiga puluh ke tiga puluh lima kaki.Ketinggiannya pula antara sembilan kaki hingga 10 kaki sebelum tunasnya atau pucuknya di cantas untuk membolehkan getah ini bercabang.Cabang getah yang dibenarkan oleh lembaga tabung getah sabah adalah tiga cabang sahaja.Gambar dibawah ini adalah getah lembaga atau istilah kampungnya Getah kawin.

Penorehan getah yang tidak mahir boleh merosakkan pokok getah ini.



Jarak gawang atau tengah ialah 30 kaki hingga 35 kaki.

Jarak dari satu pokok kesatu pokok pula ialah 8 hingga 9 kaki.

Barisan penanaman mesti lurus untuk memudahkan penoreh membuat torehan.

0 comments:

Beginilah rupa sebuah perigi lama dikampung Gaulan yang menjadi sumber air bersih kepada pendududk dikala musim kemarau tiba.Perigi ini bukan saja perigi lama atau usang tapi ianya juga tidak pernah kering walaupun kemarau sehingga tujuh bulan atau setahun lamanya.Apabila tiba musim kemarau,kampung yang berjiran dengan kampung Gaulan akan datang keperigi ini untuk mendapatkan sumber air bersih untuk keperluan harian mereka.Menurut beberapa penduduk asal kampung ini,perigi tersebut dipercayai telah wujud sejak tahun 1968 dan sehingga kehari ini perigi tersebut masih tetap diguna oleh penduduk kg Gaulan jika kemarau tiba.Air perigi ini jernih dan sejuk serta tidak berbau Lumpur berbanding perigi lainnya yang ada sekitar kampung Gaulan ini.

PERIGI LAMA KAMPUNG GAULAN

PERIGI LAMA KAMPUNG GAULAN


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP